Friday, December 13, 2013

Baju Majlis Perkahwinan

Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.
kali ni admin nak share lagi tentang baju job yang telah berjaya kami selesaikan.
Job kali ni adalah tentang baju majlis perkahwinan / baju rewang.
Baju ini juga untuk dipakai oleh ahli keluarga mereka.
Baju yang diminta kali ini adalah baju 100% cotton tapi berkolar.
Harga baju berkolar adalah mahal sedikit dari baju roundneck. Dia tak nak baju roundneck sebab katanya baju berkolar lebih cantik dari roundneck.
Baju yang ditempah adalah kaler tuerquise. ini kerana majlis mereka menggunakan warna tema turqoise. Nampaknya tahun 2013 ni mmg ramai yang berminat dengan tema dan color turqoise. Admin dapat banyak permintaan untuk baju dan juga cetak color turqoise ni.
tahun 2014 tak tau la, apa pula kaler yg menjadi pilihan ramai nanti.
baju yang ditempah adalah sebanyak 20 helai.

Admin tak sempat nak ambil baju semasa proses membuat baju ni. Ni pun sebab customer nak cepat sebab katanya nak balik kampung. Nak hantar ke kampung dulu sebelum majlisnya. Admin hanya sempat ambil gambar masa nak packing sahaja.
Baju ini hanya cetak 1 color iaitu color hitam. Design bersaiz A4. tarikh yg dipilih adalah sangat cantik iaitu 31113. Ada 2 nama pengantin di baju ini sebab katnya adik bradik bersanding sekali.

Jika Anda ada pertanyaan ke nak buat baju ker.. Jangan Segan2 nak tanya Admin. kami tak makan org. setiap pertanyaan tidak dikenakan bayaran. 
Jumpa lagi yer..

0 comments:

Post a Comment